homePROFILECREDITS follow
Emergency Leave!
Salam. Hari ni baru masuk keje setelah cuti 3 hari emergency leave terus menerus!  Isnin tu memang lah tak boleh nak keje sebab masa tu faiq panas badan & kepala, menangis, merengek je..ahad malam tu tak lena tido dah. Selasa pulak aku dah gi keje pagi tu sebenarnya..lepas entri ni baca di tulis hati rasa tak sedap tengahari tu then balik (half day) . Rabu, faiq ada checkup. Disebabkan baru nak baik demam, ibu tak confident nak tinggal dia amik lagi EL. Tulah penangan bila anak sakit. Aku memang tak boleh fokus lansung nak keje kalau faiq demam macam tu..syukur pagi ni dia dah nampak sangat2 ok..cuma ada la merengek2 sikit pagi tadi macam tak bagi ibu gi keje sebab dah 3 hari berkepit dengan ibu je.. tak kan ibu nak cuti lagi nak....mujur kat ofis sekarang ni tak banyak keje + bos memahami..huhuhu...terpaksalah mak cik faiq tadi ajak dia main alih perhatian dia daripada ibu..kalau tak...alahai........tu pun dah terlewat sikit ibu masuk keje pagi ni..

Semalam bawak faiq gi check up 6 bulan (kejap je anak ibu dah 1/2 tahun). Syukur alhamdulillah sume ok.. cuma berat badan tak naik pun maintain 8.1kg since last month + ada injection. 1st time faiq nangis kena inject sebelum2 ni tak penah pun nangis..teruk2 pun dengar suara hek hek je..pastu senyap. Nurse kata inject yg kali ni sakit sikit tapi tak demam..risau jugak sebenarnya nak bagi injection tu sebab faiq baru nak baik demam bengkak gusi dia tu..antibodi baru nak pulih tup2 kena inject..Ikutkan tak nak bagi inject semalam tapi nanti dah jadi 2 kali keje pulak aku nak ke klinik minggu depan nya..tawakal je lah..mujur lepas balik checkup semalam dia nampak ok..but still nurse bg paracetamol takut2 demam dia dtg balik..

Sampai2 ofis pagi ni keje dah bersusun dalam tray..settle kan satu2 alhamdulillah baru ada kelapangan nak taip entri ni..tapi tadi pagi2 lagi makhluk tu dah buat aku angin. Makhluk tuhan sekor tu memang uji kesabaran aku pagi2 lg..hish! Malas lah nak cite pasal kau dalam blog aku nih buat semak je..baru nak amik mood bekerja..silap2 ada yang termakan safety boot nanti karang.. [tarik nafas......lepas....SABAR]

Oklah out dulu la ye..nanti update lagi..tiba2 sakit perut pulak.. :)



typed by EjaLeeza on Thursday, March 22, 2012 @ 12:25 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next