homePROFILECREDITS follow
Barakallahufikum..
Salam. Entri kali ni nak cite pasal aktiviti famili kecik aku sabtu lepas 5/5/2012. Lambat sikit update dari kak fiza hehe..jom baca . Tujuan utama nak pergi meraikan sahabat lama punya majlis perkahwinan (ida syafizul & daus).  Excited sangat nak pergi sebab ni kira first time kite orang anak beranak keluar jauh sikit dari biasa + perjalanan agak jauh yg ambik masa agak lama la..sejak ada anak ni biasa pun kite orang keluar paling jauh pun area klang/shah alam je ..kali ni kami meredah area kajang pulak. 2nd excited sebab sahabat nak menikah maklumlah ida antara sahabat yg rapat masa kat uitm dulu pulak tu masa aku nikah (malam) & majlis kat rumah aku dia datang dua2 majlis, masa faiq baru lahir ida org 1st dtg tgk aku kat hospital masa aku discharge dulu.. terharu sangat tu yg semangat nak gi jgk majlis dia. Awal2 aku dah remind suami suruh amik cuti siap2!

Pagi sabtu tu kami anak beranak keluar lewat sikit maklumlah malam tu hujan sampai ke pagi sedap pulak tido! Dah siap2 kan faiq sume gerak la kami ke destinasi pertama iaitu warung seberang jalan utk bersarapan. Penuhkan perut dulu baru semangat nak berjalan hehehe..destinasi kedua rumah kak fiza. Kebetulan rumah pengantin dengan rumah kak fiza satu lorong senang keje! dapat jumpa 2 org kawan sekaligus, dapat tempat parking selesa, dapat tempat berteduh sementara..lega rasa.. thanks bebanyak kak fieza & abg sani :)

Sampai2 je terus masuk umah kak fiza dulu..rehat2 kan badan jap..letih rasa melayan faiq darwish melasak dalam keta, mujur sebelum nak sampai tu dia sempat jgk la tido..so kurang la bad mood dia..tu sebenarnya yang merisaukan aku takut2 dia merengek menangis kat umah pengantin..haruuu di buatnya..tapi yang besnye sepanjang kat situ faiq nak je dengan abg sani..abg sani pulak rajin melayan..boleh plak tu me-relax2 kat perut abg sani hahaha..mungkin dia ingat pak ngah dia kot tu yang baik je siap goyang2 kaki lagi tu!! serasi sangat aku tgk.  Dengan ayah dia sendiri takde maknanye dia nak camtu..... :) dah ada aura seorang ayah nampaknye tu kan kak fiza?? ameen.. tak lama lagi kot tuuu... amen..ameen..ada faiq kawan nanti :)

bukan main relax je dia dok kat uncle sani dia  :)

Dah sejuk badan skit baru gi umah pengantin..bawah ni pic yang sempat husband aku captured tu je yang termampu..maklum la dah la panas berpeluh2..anak melasak lagi..hadoooii letih dua2 hehe..apa pun seronok dapat jumpa pengantin walaupun tak dapat borak lama2 jadilah..dapat jugak datang meraikan..semoga berkekalan  hingga ke syurga hendaknya ameennn...

sementara tunggu pengantin

bersama mempelai, faiq teruja tgk org pakai baju kaler oren :)

Balik tu kiteorang gi singgah tesco setia alam pulak..jalan2 cari barang sambil nak mandikan faiq yang dah comot tu..sian anak ibu..perut pun dah start bersiul2 mintak diisi lagi sebab aku mkn sikit je kat kenduri tadi so singgah la jap kat kenny roggers..kat situ memang haru sikit sebab faiq darwish dah kebosanan & bad mood...sempat jugak dia melalak kat dalam tu..kelam kabut ibu ayah makan, kemas2 barang, bayar dan balik! Tapi lepas masuk keta, baringkan dia elok je senyum2..sabar jelah....

sebelum mengamuk
Sampai rumah dah magrib..letih? tak usah cakaplah..bukan letih berjalan tapi letih dukung faiq lama..sakit nya otot2 tgn ngan tulang belakang aku..bukan kecik2 anak beratnye aduhaiii...ayah pun dah surrender..apa pun tetap puas keluar sabtu tu. Thanks B next week kita berjalan lagi nak? ada Bran?? hahaha ~



typed by EjaLeeza on Tuesday, May 8, 2012 @ 1:25 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next