homePROFILECREDITS follow
Gigi Comel Faiq :)
Salam. Entri kali ni nak bercerita pasal gigi comel faiq yang baru tumbuh yeayyy!!. Dah lama entri ni terperam dalam draft box aku..Nak tunggu pic gigi faiq punya pasal..Payah betul nak snap pic gigi comel dia tu dengan cantik, sebabnye faiq tak reti dok diam dah sekarang ni..

Faiq sekarang dah 8 bulan, ada 4 batang gigi! (2 atas, 2 bawah) Weeee! :)  Comel macam rabbit! hehehe... Masa dia 5/6 bulan hari tu dah start gatal & bengkak gusi, meleleh-leleh air liur..sian.. Kira dia dalam kategori cepat jugak la nak bergigi..tapi merangkak belum dapat lagi, duduk dah boleh imbang badan tapi kena di awasi, meniarap dah passed! Sekarang dah expert move fwd & backward + spinning (ewah!). Naik walker pulak laju giler habis sume dilanggar nye hehe..Makan, sume dah makan lah! Paling dia suka bubur nasi. Blend kan bubur kasar2 sikit sebab dah ada gigi kan..boleh la dia belajar mengunyah guna gigi depan.

Actually gigi tu nampak je comel tapi ngeri buat ibu dia! Mana tak nye (masa mula2 gigi tu nak keluar) penah sekali tu sambil leka menyusukan dia boleh pulak tiba2 dia gigit & tarik cik 'p' tu 2/3 kali macam dia buat kat puting botol susu dia..meletus2 bunyi nye..adooii sakit tau! Terjerit2 aku dibuatnye, nasib kat rumah sendiri kalau kat luar cane lah agaknye..lagi kita mengadoi lagi suka dia gigit2 tarik2 siap senyum2 lagi!..takut betul dah nak nyusukan faiq sekarang ni..dulu masa faiq gatal2 gusi ada jgk dia gigit sekali sekala masa tu kurangla sakitnye cuma rasa gusi tu keras je..tp sekarang memang tak blh kompromi dah..mau putus di gigitnye kalau dia geram huhuhu. Ada sekali tu dia nampak je macam betul2 nak menyusu, rupanya tak..dia nak menyusu semata2 nak gigit cik 'p' ibu dia! sabar jelah. Kalau time tido lagi..dia ketap mulut dia rapat2 sampai aku nak tarik pun payah..faiq..faiq..bayangkan jelah gigi atas bawah mengetap cik 'p' kite..mau tak menjerit aku!

Mcm mana la ye nak nyusukan kan dia sampai 2tahun dgn gigi penuh kat mulut? Rasa mcm nak digigit dengan jaws pun ada haha!  Mungkin faiq dh besar sikit nnt dia paham kot time ni kecik lg dia sendiri tak tau apa dia buat, yg dia tau mungkin gusi dia sakit/gatal tak pun saje nk test mengunyah guna gigi baru..ngeriii!

Lagi satu nak cite trend terbaru faiq menyusu sekarang ni adalah freestyle breastfeeding iaitu menyusu sambil bermain2! Ya bermain2! Nak tau cane? sambil2 dia menyusu tu dia meniarap atas badan aku kejap ke kiri, kejap ke kanan, kejap melintang (sambil tgk tv).. aku ni dah macam main gitar gayanye..dah la aku kena telentang je sambil susukan dia..baju pulak kena bukak luas2..malunye la kalau kat rumah org lain..& memang faiq buat macam tu bila aku kat rumah mak, atau rumah mertua..gaya dia tu macam nak manja2 tp ada jugak gaya mcm cari mood utk tido..dah panjang akal dah dia sekarang ni..ada je benda nak dibuatnye..Saaaaayanggg anak ibu! :) Oklah takat ni dulu entri kali ni. Meh tengok pic gigi comel faiq darwish meh!


weeeee :)







typed by EjaLeeza on Monday, May 28, 2012 @ 10:24 AM
back | all rights reserved desiree 2012 | next