Salam jumaat. Kejap je dah jumaat, seminggu ramadhan..di
hari penuh berkah ni aku nak cerita kisah malam semalam.. kisah yang
menginsafkan diri sendiri.
.
Al kisahnya semalam aku berbuka di rumah dua beranak je.
Ayah balik lambat pukul 8.30 mlm baru sampai. Letihnyeeeeee laaahh berbuka
dengan faiq.. Dia semakin aktif sekarang. Tak terkejar aku. Letak dalam walker
laju je berlari sampai nak jatuh2. Terkejar2 aku nengok ke dia sambil nak buat
air dan berhidang untuk berbuka. Letak kat bawah pulak laju merangkak ke bilik
air, main lap kaki sume..Letak hidangan atas meja pulak habis nak ditarik sume.
Nak berbuka sama bergelut dengan dia..Haiisshhh! menguji kesabaran betul la ahli
syurga ni tau! Dah la ibu dia ni sifat sabar dia banyak sangat..tak tertahan2
dah nak marah kat dia semalam.
Paling tragis cite lepas berbuka semalam. Faiq ni dah ngantok gosok2 mata. Mcm biasala
kalau time2 pas maghrib la dia nak tido berlepak2 berkepit dengan ibu ni. Yang
aku pulak belum solat lagi. Biasa kalau ada ayah berganti2 jugak la jaga
tengok2 kan faiq. Sempat la mandi solat sume..tapi semalam tak. Satu apa pun
aku tak boleh buat. Punyalah aku susah hati maghrib dah nak habis yang si kecik
pulak tak mau tido. Dok la bergosok mata, bergaru kepala je kejenya..ingat kan
dia panas aku basuhkan muka lap2 kan badan bg selesa tak jalan jugak..apa lagi
yang ibu ni dah angin la satu badan..habis aku marahkan si anak kecik yang tak
tau apa2..menangis faiq tgk ibu dia marah kat dia..mungkin sebab ibu dia dah
high pitch volume agaknya..takut mungkin jugak..menangis anak ibu teresak2 ..faiq
bukan boleh kalau kita high pitch sikit dia takut, terkejut.. masa faiq nangis
tu tiba2 aku ter ‘flash’ video pempuan pukul & tendang2 anak dia tapi anak
dia still nk dapatkan ibu dia…siannye… siannye anak aku..mujur la angin marah
aku kejap je..cepat2 aku peluk, cium, pujuk
& susukan balik..
Ya allah..lepas marah tu aku rasa bersalah sangat2 pada
faiq..(marah je takde jentik pun) dia tak tau apa2! Biasalah kan budak kecik..masa
tenang tu menangis jugak la aku atas kesalahan diri sendiri..kurang sabar betul
aku..baru sorang anak tu pun tak terlayan..mak yang tujuh orang tu lagi macam
mana la didik kiteorang tambah2 yg ‘hard head’ macam aku ni. Pagi ni cite kat
mak terus mak cepat2 peluk cucu dia..tersentuh aku…..nenek kata ibu garang!
Allah..berdosa sungguh aku rasa semalam…insaf aku..Aku tau..anak
tu amanah allah. Dia ahli syurga. Allah bagi kat aku supaya dia di didik
elok2..Tak patut aku marah pada ahli syurga…maafkan ibu nak..ibu menyesal sangat2..ibu
sayang faiq sangat2…ibu cuma manusia biasa yang lemah imannya, kurang
sabarnya..maafkan ibu… Ibu janji ,ibu cuba sedaya upaya mendidik kamu sesabar
yang boleh supaya kamu jadi anak yang
soleh insyaallah..ameen..
 |
| gambar pg ni muka tak mandi |
 |
| saaaayangg anak ibu! |
typed by EjaLeeza on Friday, July 27, 2012 @ 12:18 PM