Salam. Artikel ni aku dapat personally dari Dato' Dr. Fadzillah Kamsah...sama2lah kita kongsi dan amalkan mana yang berkenaan...
"Ingat hakikat bahawa Allah uji hambaNya setakat kemampuan hambaNya utk menanggung ujian itu. So jgn sesekali merasa kecewa atau patah semangat. Malahan, Nabi bersabda: Allah amat benci org yg mudah patah semangat n setan amat suka org yg mudah patah semangat.
Setiap masalah berpunca drp:
1. Hati yg kotor
2. Fikiran yg negatif
3. Amalan yg tak betul
4. Gangguan metafizikal termasuk sihir dan
5. Semata mata ujian Allah krn sayangNya kpd kita. So cuba semak diri ttg apa punca sebenar masalah yg u hadapi itu.
Hati kita bertindak sbg MAGNET. Hati yg murni akan tarik hidayah Allah, kesihatan, berbagai punca rezki & kasih syg drp semua org di sekitar kita. So, dgn memurnikan hati, kebanyakan masalah kita akan selesai satu persatu. Hati yg kotor yg akan menarik segala masalah & maksiat utk dtg kpd u termasuk SIFAT BARAN & SIFAT MAZMUMAH YG LAIN.
Sabda Rasul: Allah bila nak beri kebaikan kpd hambaNya, Allah akan uji dgn musibah dahulu. Justeru, berbagai masalah yg u hadapi, satu demi satu, memberi isyarat bahawa byk kebaikan akan menjelma jika u betulkan diri u secara yg lengkap agar bersedia utk menerima segala kebaikan yg Allah nak turunkan!
Prinsip hidup, jika ubah diri kita secara bersepadu, Allah akan ubah semua org d sekitar kita. Juga, semakin rapat kita dgn Allah, maka Allah akan perbaiki hubungan kita dgn semua org. Mulai hari ini cuba overhaul diri secara menyeluruh dengan:
1. Jaga solat 5 waktu n lakukan solat2 sunat qabliah n ba'diah utk menampung segala kekurangan dlm solat2 fardhu.
2. Solat taubat n istighfar 70X sehari setiap hari. Bila dosa terampun, maka hati jadi bersih, dpt KAWAL NAFSU & KAWAL BARAN, doa makbul n semua org sayang. Lakukan juga solat hajat, istikharah n tutup dgn solat witir setiap malam. Nabi suruh kita solat witir setiap mlm sepanjang hayat sbg pembalut kpd segala amalan kita seharian agar dpt d serahkan kpd Allah dgn sempurna. Bila dah TAUBAT NASUHA, maka diri u suci spt tak pernah buat dosa!
3. Maafkan semua org setiap mlm sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi cun, doa makbul n semua org maafkan kita.
4. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa membuang sifat negatif, Bismillah 5 n ayat qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yg mengamalkan doa2 tersebut, maka ORANG BUJANG AKAN BERTEMU JODOH, suami isteri akan bertambah sayang, selesai masalah, langsai hutang, DPT KAWAL SIFAT NEGATIF TERMASUK BARAN, dsbnya. Saya sertakan set doa harian utk u amalkan. Share doa2 tersebut dgn kwn2 n keluarga yg lain.
5. Pagar diri dgn fatehah and surah 3 Qul, hembus tapak tgn n sapu seluruh badan. Ini akan menghindar drp gangguan manusia, binatang, jin n sihir.
6. Lembutkan hati u dan semua org dgn fatehah, Surah al Hasyr: 21-24, Surah Ta Ha 1-5, ayat qursi n hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yg dah d pakai sebelum d cuci. Utk lembutkan hati sendiri & kawal baran, sedut n telan air liur selepas membaca ayat2 di atas.
7. Layan semua org lebih baik drp biasa agar semua org juga melayan u dgn baik.
8. Setiap kali nak masuk rumah atau pejabat, baca Bismillah 3X, senyum, beri salam n masuk dgn melangkah kaki kanan dulu. Ini akan menghindarkan setan bernama DASIM yg duduk atas pintu drp masuk kepala n ganggu supaya manusia bergaduh, suami isteri bertengkar, mudah patah smgt, mudah buat maksiat, anak2 melawan ibubapa, anak2 bergaduh sesama sendiri, ibubapa kejam atau menzalimi anak2, dsbnya.
9. Setiap kali nak bercakap dgn org lain, bacalah 3 nama Allah: Ya 'Aziz Ya Jabbar Ya Mutakabbir n hembus ke arah org tu jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hati sesiapa agar dpt mendengar cakap atau hujah u.
10. Jika terlalu sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi saw: 1. Inna lillahi wainna ilahi rojiuun. 2. Ya Allah, aku redha dgn segala ketentuan MU ya Allah. 3. Ya Allah, aku ada masalah ............................. ya Allah. Kau bantulah selesaikan masalah ku ya Allah. Jadikan aku insan yg solehah, bertimbang rasa, jaga solat, pemaaf, lemah lembut, bertanggungjawab, boleh d ajak berbincang, dsbnya. Insya Allah hati akan tenang n doa akan makbul.
Cuba amalkan amalan d atas selama 40 hari krn tabiat baru terbentuk dlm 40 hari. Insya Allah akan nampak pembaikan diri dari masa ke masa. Moga Allah bantu u n selamat maju jaya, wassalam."
typed by EjaLeeza on Wednesday, September 5, 2012 @ 12:24 PM