homePROFILECREDITS follow
Faiq Development
[amik kau! entri marathon hari ni bagi sekali 3! jemputlah baca ini dan ini]

Salam. Hari ni nak cite pasal perkembangan faiq la pulak :) Dia dah 14 bulan ni pandai macam2..

Merajuk

  • Kalau tak bagi apa yang dia nak, dia akan merajuk sambil merebahkan badan, bergolek2 di mana2 yang dia nak sampailah orang datang angkat dan pujuk dia. Muncung dah macam angrybird.


Makan

  • Tahan makan pedas. Walaupun agak bahaya untuk baby sebaya faiq tapi dia still relax kalau makan nasi goreng cili api nenek buat..tak mintak air pun! (masa pregnant kan dia dulu ibu hantu pedas padahal tak makan pedas sgt pun)



  • Pantang tengok orang makan! Tak kisah orang makan apa janji makan dan mesti suapkan sikit untuk dia. Kalau time lapar akan sentiasa bukak mulut bila orang nak suap tak pun cakap "aaa..aaa"



  • Suka sangat makan mee, bihun, spageti dan yang sewaktu dengannya :)



  • Jangan tak tau durian pun dia makan jugak! Nak makan sendiri okey..pegang sendiri, suap sendiri..seram betul kalau tertelan biji!


Cakap/Perkataan
bu = ibu
yah = ayah
nek = nenek
wan = tok wan
ya = mak uda (ikut orang panggil zura)
dik = ucu (ikut orang panggil adik)
ba = ball
mam = makan
tek = nak nyusu
blablablablabla = beberapa perkataan dalam bahasa 'jerman' dia yang orang tak paham (angguk dan layan kan aje kalau dia bercakap tu tanda kita participate sama time dia borak tu)

Skill

  • Pandai azan (versi baby) especially part sebut allah tu (good boy anak ibu!)
  • Pandai tiru gaya orang solat (kalau bentang sejadah dah tau time for solat, cepat2 berdiri tegak dan bongkok2kan badan. kadang2 menonggeng tak pun meniarap)
  • Pandai sepak ball!
  • Dah boleh jalan laju / berlari2 anak
  • Menyepah mainan, baju yang dah dilipat, hanger yang dah disangkut dll..
  • Makan sendiri
  • Minum sendiri (cawan atau botol)
  • Basuh muka/kepala sendiri (amik wuduk kononnya)
  • Baru nak belajar gosok gigi sendiri
  • Kalau jumpa kasut dah tau kasut tu untuk dipakai di kaki. Cepat2 mintak orang pakaikan (walaupun bukan kasut dia)
  • Pandai menyapu (seret penyapu kat dapur bawak kat depan menyapu..2/3min lepastu gi balik dapur letak penyapu tersebut)
  • Pandai nak berkawan..kalau jumpa kawan yang sebaya atau tua 4/5 tahun dari dia pun mesti dia excited nak tegur dulu (peramah)
  • Masukkan sesuatu pada tempatnya [apa ini??] contoh macam mainan kiub tu masukkan circle pada lubang circle, triangle pada lubang triangle camtulah....atau amik lipbalm ibu bukak tutupnya pastu masukkan balik...ulang2..sambil korek2 lipbalm tu pastu sapu kat baju!
  • Baca buku sorang2..tak kisah la buku apa janji ada rupa buku..dok dan selak2 kadang2 mulut kumat kamit..


Feveret Aktiviti

  • Upin Ipin (bila sebut betul3 pastu suruh dia gi depan tengok tv mesti dia gi cepat2 - taktik memujuk supaya tak kacau ibu masak)
  • Ustaz Don (start je rancangan 30 minit bersama ustaz don mesti dia dok diam depan tv)
  • Rancangan fattabiouni@tv alhijrah (kalau start je segment tu especially lepas azan maghrib confirm dia dok diam)
  • Wajib menyusu sambil buat aksi bebas (ikut suka hati dia nak baring ke, menonggeng ke, meniarap ke..janji nyusu!)
  • Dalam kereta mesti pasangkan tab - tengok baby tv atau video katun islamic
  • Tido gaya bebas (mengiring, meniarap dsb.)
  • Kalau dapat pakai kasut, jalan2 kat open area/kat luar jangan harap dapat pegang tangan dia okay, Nak bebassss macam orang dewasa..


Sekian..terima kasih membaca :)




typed by EjaLeeza on Friday, November 30, 2012 @ 1:06 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next