homePROFILECREDITS follow
Fakta bukan Auta
Salam.

Jom baca sedikit fakta :)

  • Saya seorang left-handed [secara automatiknya pengguna otak kanan]
  • Seorang Perfectionist pada perkara2 tertentu [contoh : kalau meja dah set up tepi dinding rapat2 , meja tu tak boleh renggang sikit pun mesti sakit mata tengok & nak betulkan immediately! atau kalau rumah dah sapu, vacum cantik bersih tak boleh ada rambut walau sehelai pun melekat kat lantai kalau tak mesti cepat2 amik tisu lap bersihkan]
  • Jijik dengan puntung rokok atau ashtray di mana2 tempat [contoh : cukup pantang kalau gi makan kat kedai mamak puntung rokok atau ashtray ada atas meja makan dan bersepah bawah meja. Sanggup tukar tempat berkali2!]
  • Seumur hidup tak pernah masuk Zoo Negara
  • Hanya masuk panggung wayang tak lebih 10 kali sepanjang hidup
  • Suka drive laju2 especially bila drive sorang diri
  • Mula pakai handphone pada usia 19 tahun [tu pun handphone secondhand]
  • Sebelum kawin kasut saiz 4/5 [sekarang saiz 6 sebab kaki dah mengembang lepas ada faiq :) ]
  • Birthday sama dengan suami [sama tarikh, sama bulan, sama tahun, sama daerah, sama negeri beza waktu je]
  • Penakut nak jumpa dentist!
  • Hantu durian dan petai
  • Pernah gaya ala2 tomboy masa awal2 remaja dulu [tak suka pakai baju kurung!]
  • Tak suka sports tapi pernah dapat tempat ke-2 masa pertandingan lumba lari 100m waktu sekolah menengah
  • Pernah bayar medical kat klinik guna duit syiling yang ada dalam keta pasal duit dah kehabisan tapi terpaksa amik MC jugak sebab dah tak larat sangat nak keje
  • Start ada kenderaan sendiri masa umur 23 tahun [tu pun abah belikan]
  • Pernah jadi minah skuter dengan berbekalkan lesen L sahaja!
  • Hanya berkhidmat dengan 2 company swasta sepanjang 7 tahun bekerja
  • Pernah berada di bawah seliaan 4 orang bos sepanjang 5 tahun bekerja dalam company,department dan jawatan yang sama
  • Pernah drive ke Kelantan selama 8/9 jam (malam) dengan rehat selama 10 minit sahaja [terlebih excited sebab baru dapat kereta]
  • Pandai membaca masa umur 7 tahun [faiq kena pecah rekod ibu!]
  • First khatam quran masa umur 13 tahun [pun faiq kena pecah rekod ibu]
  • Interested pada dunia IT [ Software, Hardware, Installing, Editing – yang simple je sebab tak pernah belajar formal dalam bidang IT and Computer Programming etc.]
  • Pernah berangan nak memiliki sebiji moto kuasa besar 
  • Fobia dengan beruk/monyet/ungka dan yang sewaktu dengannya [kaki pernah kena gigit dengan binatang tersebut]
  • Lebih suka makan sotong dari udang [tapi dua2 pun feveret forever]
  • Tak suka makan rendang
  • Tak gemar pada bunga, 'tangan panas' tak sesuai gardening

Fakta pasal diri sendiri..terima kasih membaca :) [mood : takde idea nak post apa]

typed by EjaLeeza on Tuesday, November 27, 2012 @ 11:25 AM
back | all rights reserved desiree 2012 | next