Salam. Salam Jumaat yang barakah.
Semoga allah merahmati & perkenan
doa semua readers hari ni..ameen
Hari ni nak cite pasal misi si
ayah faiq..misi apa? Misi nak berenti merokok..(Alhamdulillah… ) niat tu lama
dahhhh…dari sebelum kawin > lepas kawin > ibu mengandung > ibu
bersalin > faiq dah setahun baru la ada tanda2 nak berenti smoking…lega aku
mendengarnya, banyak duit boleh jimat untuk keperluan rumah & anak…
Actually nak berenti merokok ni
bukan lah benda senang pada perokok tegar..silap2 haribulan boleh menghentikan
jantung kalau terus berenti camtu je…so solusi nya si ayah faiq ni pun beli la
rokok elektronik..(tu pun lepas terpengaruh tengok penolong pengarah guna kan?
kan? hee..) Tak kisahlah janji ada niat nak berenti ….
 |
| macam pen kan? |
Mula2 nak beli benda alah tu
memang perit skit la sebab kena keluar duit byk..macam ayah faiq punya ni 1 set
je dah RM250 (huuu..boleh buat soping ibu tu!) yang tu kira medium la ada gak
yang murah, ada jgk yang beribu! Beli murah nanti katanya tak besssttt pulak..emm
takpelah..untuk kepuasan kan daripada hisap rokok yang asap busuk dan
merimaskan! Insyaallah lepas tu tak pyh dah ‘bakar’ duit beratus2 sebulan
semata2 nak beli benda alah yang merosakkan paru2 tu..at least jimat jugak la
kan sementara nak berenti tu..
Rokok elektronik ni siap ada
charger, pastu cecair yang mengandungi
macam2 perasa..contohnya bau air redbull, coklat banana, apple pun ada!
Function dia still sama mengeluarkan asap tapi asap yang keluar tu adalah wap
dari cecair tu..kira setiap kali sedut dan lepas keluar la asap yang macam2
perasa tu…tapiiiii..cecair tu still ada kandungan nikotin didalamnya cuma bukan
dalam kuantiti yang banyak mcm rokok biasa tu…yelah kata nak belajar berenti
kan..tup2 takde nikotin lansung kang tumbang pulak tuan badan..ni kira cara nak
remove kuantiti nikotin dalam badan la jugak..slow2 kaedahnya….
 |
| rokok elektronik |
Sekarang? Alhamdulillah dalam
masa sehari dua je ayah faiq dah tak boleh nak hisap rokok biasa..dia kata rasa
x best, rasa payau..balance rokok dia tu dah disedekah kan kat kawan2
dia..BAGUSSSS!!! Hopefully lepas ni rokok elektronik ni pun dia simpan dalam
peti besi! Save duit, rumah bersih, ayah sihat!! Chaiyok Ayah! Chaiyok! ;)
typed by EjaLeeza on Friday, November 9, 2012 @ 10:59 AM