Salam Jumaat penuh barakah,
Situasi kini sedang menghitung jam2 terakhir di ofis. 2013 menjanjikan situasi baru dalam hidup kami sekeluarga. Lepas ni aku bertukar status kepada suri rumah tangga sepenuh masa (wallahualam, entah sampai bila) :). Walaupun tersangat teruja nak jadi suri rumah, nak uruskan suami & anak sepenuh masa, sepenuh hati namun jauuuhhh di sudut hati masih ada rasa sedikit bimbang kalau2 suami rasa sgt terbeban dengan keadaan si isteri yang tidak bekerja lagi (kalau dipikir2 sape tak risau tapi aku nak +ve kan diri!)..aku YAKIN & PASTI rezeki yang allah punya ni masih ada dan cukup untuk kami sekeluarga ameen...
Emm mesti reader tertanya2 nape tetiba berenti keje? Ohhh..kontrak ku sudah tamat kiranya..2 tahun setengah bersama jetson. Sedih?stress? gelabah? Serabut? Ohhh tidakk...aku tenang sebenarnya.. syukur allah bg ketenangan dalam menghadapi ujian ni...aku tau, aku pasti Allah dah atur semua itu..
Actually aku dh dapat info ni 6 bulan lepas, kalau ikut perancangan bos, aku masih lagi bersama company ni namun perancangan tuhan sape yang tau..buat masa ini masih tiada lagi nearest project yang aku boleh folow, in fact nak pegi balik HQ adalah sangat mustahil dengan jarak rumah - tempat keje yang sangat jauh! (kuala selangor - kuala lumpur). Bukan bos tak offer nak balik hq, tapi aku terpaksa tolak memandangkan situasi dah ada keluarga ni, lagipun aku sendiri tak sanggup berulang sejauh itu, pergi awal pagi balik dah malam - balik keletihan - tak terurus anak dan suami nnt..bagi aku my family is my priority. Bos pun faham...kalau ada nearest project dan rezeki bos akan panggil balik (hopefully.... tq boss for yesterday treat)
Dari 6 bulan lepas until now masih lagi memohon dan menghantar resume merata..pos, online sume buat. Mana yg aku boleh try aku hantar je again rezeki allah yang pegang! Aku usaha, aku tawakal, aku redha. Bulatkan hati YAKIN dgn rezeki allah nak bagi. YAKIN dgn apa yg allah dah aturkan ni pasti ada hikmahnya. Kita merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya Allah jua sebaik2 perancang..semoga allah permudahkan urusan kami sekeluarga ameen....
Now, teruja nak jadi housewife! Jawatan dan pangkat yang diidam2kam since mula2 bergelar isteri. Hopefully aku boleh buat yang terbaik berkhidmat untuk suami memberi sepenuh kasih sayang, pendidikan dan perhatian untuk anak! Dalam kepala dah plan macam2 nak buat untuk rumah tangga yang dah 2 tahun tak fully-manage by myself. Selain dari tu aku ada perancangan lain sementara tunggu rezeki tempat keje baru..semoga allah permudahkan jalannya ameen...VOTE FOR HOUSEWIFE!! :)