Salam. Kali ni nak cite yang faiq dah start nak bercakap. Actually skill baru dia ni dapat lepas demam hari tu..ada la dalam seminggu dua yang lepas..tapi tak ketara sgt masa tu..Kalau dah mula bercakap tak henti2 bercakap sepanjang hari! Tu yang ibu dia kata dia berkicau! Sepatah haram orang dewasa ni tak paham apa yang dikicaukan yang penting ada yang melayan dia bercakap.
Mula2 seronok & kelakar tapi bila sampai tengahari tak berenti penat pulak nak melayan nya hehe..Kadang2 perkataan yang keluar tu macam tepat & betul sebijik macam org dewasa bercakap. Contohnya macam dia sebut abah (tokwan), ucu, nak, bak, nah (bagi barang) dan lain2 (mengikut keadaan semasa). Kalau panggil ibu &ayah pulak memang selalunya tepat..paling tidak pun bu atau yah je bunyinya..hehe..
Sekarang ni pulak dia suka betul kalau dapat book. Mesti duduk baca kumat kamit..sambil2 tu sepah2 kan buku yang lain..Kalau gi mana2 pulak nampak je bola mesti sebut 'ba'. Kat rumah pun kalau dia sebut 'ba' tu pahamlah dia nak cari ball dia..Seronok dapat discover skill baru faiq depan mata yelah kan sementara ibu masih tak bekerja lagi :)