Salam. Hari tu dah janji nak update cite kawin adik aku kan? So ni la dia..tak banyak gambar yg ada pasal tak sempatlah nak pegang camera bagai! Bergelut dok jaga faiq yang tengah melasak teramat lari sana lari sini panjat sana panjat sini letih mak! Ni pun amik dari fb photographer adik aku tu..
Nikah 2 februari sabtu malam pas maghrib, kenduri belah kiteorang esoknya. Buat kat dewan sebab rumah sempit maklumla dah bertambah ahli keluarga kan...Lepas nikah haritu pun masing2 sedih sebab adik aku yang ni nak dok jauh...tak macam aku atau abg long still kat selangor lagi takdela jauh nak berpisah dgn mak abah...
Ahad lepas 10 februari selesai menghantar pengantin ke perak. Tak la jauh sangat tapi...syam antara menantu mak abah (setakat ni) yang paling jauh la..pasni mereka dok penang pulak sebab syam keje sana....jauh la jugak dari famili kiteorang..sedih sangat2 mak & abah masa nak balik haritu...abah sampai merah2 hidung, mak usah cakapla...yelah nak lepaskan anak perempuan kat orang lain..jauh pulak tu dari org tua..kiteorang adik beradik sume nangis la masa last salam2 tu sedih gile! berpisah kiteorang akhirnya...takpelah..harap syam dpt jaga syikin mcm mana mak abh jaga dia selama 24 tahun..
SELAMAT PENGANTIN BARU UNTUK SYAM &SYIKIN! SEMOGA KEKAL HINGGA SYURGA AMEEN.....