homePROFILECREDITS follow
32 minggu yang mencabar.

Salam. Live dari wad bersalin hospital tanjong karang! Huhu. Tak pasal2 kena menyerah diri kat sini malam tadi.

Alkisahnya minggu ni minggu berpenyakit aku. Start dengan buasirnya sampai terkangkang2 berjalan. Sakit yang amat. Menangis2 suh suami balik keje sebab dah tak tahan menanggung sakit sambil menjaga faiq yang terrrsangatlah aktif. 2 hari selepas tu pulak kena selsema pastu automatik batuk2. Batuk sampai nafas berbunyi pastu tetiba semput, nafas pendek. 3/4 kali rasa camtu, rasa mcm nak mati pun ye.. Menangis aku lagi! Nasib suami standby cuti semalam dapat jgk tlg uruskan faiq dan rumahtangga. Malam tu dah tak tahan semput ajak suami gi klinik on the spot! Bila pegi consult & check doktor swasta dia sarankan gi hospital terus pasal dia sendiri x berani bagi ubat batuk or asma sebab kandungan aku dah mencecah 32 minggu..

Sampai hospital terus gi bahagian kecemasan..1 jam lebih doc buat itu ini last result kena gak admit. Mula2 doc nak tahan kat hospital sg buloh pasal suspect asma pulak tu kandungan aku dah 8 bulan..tapi syukur..urine, blood test aku xdela teruk sgt..dan syukur la aku hanya di admit di hospital ni..dekat sikit dgn umah mertua.

Tapi yang sedihnya boboy aku la..sian faiq..dah la tgh demam selsema, masa aku kat katil icu tu dia sibuk cari aku..dah la sejam menunggu dan masa tu pulak memang time tido dia..tak tentu arah ayah nak pujuk tidokan. First time berenggang malam dari ibu..tido kat umah mertua pulak tu..lagi la dia rasa lain..biasa ada ibu..tido pun asyik terjaga je tak lena..susah hati aku! Tgh malam tu jgk mesej adik aku mintak amik faiq awal2 pagi esoknya bawak umah nenek (tempat dia membesar). Kurang2 ringan beban ayah nak jaga dia plus mertua aku pun x pernah lagi jaga faiq.. X tau sgt peel dia..bila faiq dgn mak lega la sikit rasa hati pasal sana ada yang melayan..mak uda, pak ngah, tokwan..harap2 dia ok sepanjang hari ni sampai malam nak tido nanti...ibu esok baru boleh balik huhuhu dalam hati meronta2 dh ni nak balik tapi doc tak bagi sebab belum cukup 24jam berkampung kat wad ni huhuhuhu

Sungguh bosan kat sini!

Published with Blogger-droid v2.0.10
typed by EjaLeeza on Saturday, August 24, 2013 @ 12:54 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next