homePROFILECREDITS follow
Faiq Darwish dah 2 tahun..
Salam,

Kemain becinta nak up kan entri ni. Busy betul sampai tak sempat nak berblogging..ok jom kita teruskan..

Alhamdulillah hari ni faiq officially genap 2 tahun 2 hari mengikut kalendar islam.SELAMAT HARI LAHIR ANAK IBU..kejap je masa berlalu..tak lama lagi faiq dapat adik pulak ibu dah 33 minggu ni..tinggal lagi lebih kurang 5/6 minggu je lagi paling cepat nak beranak...pastu fuhh makin busy la nampaknye ibu ni..

Since faiq dah 2 tahun ni nampak kebijaksanaan dia makin bertambah! Sejak2 pandai bercakap ni lagi la buat orang geram je..Ditambah dengan 'merengek' dia yang nak dapat adik ni..jenuh ibu ayah nak handle dia sorang. Anak punya pasal..ikutkan jelah walaupun kadang2 ibu lebih menyinga dari biasa..huhuhu..

Karakter faiq yang nampak semakin menyerlah sejak 2 tahun ni antaranya ialah..Manja sangat3! Memang manja kadang2 bila pikir sian kat dia bila ada adik nanti takut tak cukup kasih sayang pulak..Kalau dengan nenek, tokwan & makcik2 dia kat umah mak memang terlebih manja..nak apa je dapat, dilayan...kalau ibu..hmm takdelah....Lagi satu dia kuat merajuk, merempan. Tak boleh silap sikit, tak boleh ada yang tak kena mula la nak merajuk, merempan. Paling worst tak boleh kena marah mesti nak merajuk, menangis lebih2 lagi kalau kena marah dengan nenek, tokwan atau makcik2 dia..huuuuu...geleng kepala ibu....
Pastu faiq paling suka sports & aktiviti fizikal. Minat betul kalau dapat menyepak bola dalam rumah. Kalau ada segmen sukan kat tv memang tak bergerak. Tak kisahla sukan apa pun janji sukan. Yang ni memang sebijik perangai ayah! Lain2 tu ikut ibu kot hohohoho...Mulut becok yang ni pun boleh tahan gak..kena time dia membebel mak aiii malas nak layan ntah apa2 cakapnye (ikut bahasa dia la) kalau tak layan kang ngamuk pulak..so layankan aje.....

Apa pun tak kisahlah janji anak ibu panjang umur, membesar dengan sihat, sempurna dan jadi anak soleh. ameen.. Harap bila ada adik nanti faiq makin bijak & behave..boleh jadi abang yang sentiasa lindungi adiknya..lagi satu cepat2la berenti nyusu! tak larat dah ibu nak nyusukan faiq dgn perut ibu yang dah memboyot ni huhu..SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 2 TAHUN FAIQ DARWISH BIN ISKANDAR dari ibu & ayah. Nanti kita buat besday party ye insyaallah sebelum ibu deliver adik nanti ye..ameen harap allah permudahkan semua urusan ameen....

hari pertama

2 tahun kemudian :)







typed by EjaLeeza on Wednesday, September 4, 2013 @ 2:55 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next