homePROFILECREDITS follow
Aku Kembali [muka berserabut]

Salam. Lamanya tak berupdate blog ni. Penuh sawang dah. Sebenarnya macam2 cite nak di blog kan tapi tulah kan..sejak2 ber-anak dua ni makin sibuk nampaknya! Sementara anak2 tengah tido ni marilah kitelaju2 taip siapkan post ni huuuu..

Iye cite sejak ber-anak dua ni..banyak cabarannya pada aku. Dulu anak sorang nak handle pun boleh kata tak cukup tangan lagikan dah bertambah ni huhu..Mungkin masih dalam proses penyesuaian diri, masa, emosi, fizikal..ambik masa gak nak sesuaikan diri.

Banyak yang aku terlepas pandang sejak ada baby baru ni. Privasi diri macam biasa la dari anak sorang dulu pun dah kurang perhatian apatah lagi sekarang ni. Mandi, berak, kencing sume dalam keadaan tergesa2. Pulak tu dengan abang faiq yang macam2 kerenah..anak nak membesar, masih perlukan perhatian penuh. Selalunya dia lah jadi mangsa kemarahan aku..kesian dia..memang..sejak akhir2 ni memang nak me-naga je kejenya..adoii stress la mak nak. Stress yang tak tau nak dilepaskan ke mana akhirnya anak jadi mangsa..astagfirullah al azim..

Hari ni secara rasminya aku dah habis pantang. Ada sikit lega la. [hoooreyyyyy!!] At least perkataan ‘pantang’ tu dah takde untuk aku. Meaning aku boleh la bekerja lasak sikit [makan pun lebih skit hehe] Actually kalau cite pasal pantang ni aku takdela strict sangat bab2 pantang ni  [walaupun mak aku bidan – aku tak suka dikongkong dgn petua2 lama sebenarnya haha] Pantang aku 1st week tu je makan nasi putih, ikan bakar, lada hitam segala pastu takde dah..ayam, telor sume aku bedal. Alhamdulillah setakat ni ok je..lagi satu aku tak amik jamu, param etc2..aku makan pil vitamin set bersalin Shaklee je..alhamdulillah sgt2 ok dan membantu. Dalam masa 2 minggu aku dah rasa segar dan cergas dan sihat! Luka bersalin pun cepat sembuh. Cheewah!

Yelah berpantang anak no 2 tak sama dengan anak sulung. Takde dah nak manja2 macam dulu. Dulu sebulan pun boleh lagi baring atas tilam sambil makan..sekarang ni jangan haraplah…minggu ke 2 je dah jadi tarzan mak ko ni. Manakan nak urus baby, abg baby, rumah tangga lagi..huiii tak terkata kebizian nya [elley..baru anak 2!] mujur ada mak,abah and of course la suami byk membantu.. :)

Oklah banyak pulak menceceh ni. Cukup dulu untuk permulaan. Nanti aku post entri2 baru bagi meng-kaver entri2 yang sepatutnya aku post kan ye..daa..
typed by EjaLeeza on Friday, November 29, 2013 @ 10:55 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next