Salam. Hari nak cite pasal aku dah berjaya stopkan breastfeed faiq alhamdulillah!. Actually dah dekat sebulan la kot..tak ingat dah..
Proses nak stopkan faiq breastfeed boleh tahan susah gak la paling penting aku kena kuat semangat la. Mula2 ingat nak stopkan faiq dulu masa mula2 pregnant adik..dok tangguh, tak jadi pasal kesian kan faiq. tak sampai hati tengok muka dia, tambah2 bila dia demam ahh time tu memang aku berbelah bagi nak stopkan faiq tgk dia tengah manja lagi..kesian..lagipun masa tu umur faiq belum cukup 2 tahun sebab niat asal aku memang nak nyusukan faiq sampai cukup 2 tahun.
Alhamdulillah..cukup 2 tahun 2 bulan faiq nyusu. Berenti nyusu masa adik dah lahir. Memang susah mula2 tu. Lagi2 kena buat tandem nursing. Tak larat aku! kejap adik, kejap abang kadang2 dua2 skali nyusu serentak tengah malam!Dua2 nangis serentak! Cane tu?? Last2 memang nekad berentikan abg. Memang kali ni kuat semangat, takde kesian dah pasal dah cukup syarat! Cuma yang kesiannya tiap2 malam nak tido faiq mesti kena marah pasal nak bergayut sama ngan adik. Tiap2 malam jgk aku jadi tension masa tu..dahla dalam pantang..adoiiyaii..
Nak berentikan dia nyusu senang je..cuma nak lupakan dia pada aktiviti harian dia tu yang susah. Faiq kalau sapu minyak cap yuyi tu je dia dah surrender. Pedas katanya. Cuma kena sabar byk la aku ni. Kena pujuk dia lupakan tek dengan aktiviti lain. Siang ok la sikit ajak dia main, bg botol susu sampai tertido. Malam memang mencabar. Nak tido tu yang susah. Kena paksa minum susu botol sampai tido sambil tu tepuk2 montot dia..bagi dia penat kaw2 siang tu malam senang la tido nya..
Alhamdulillah 1st few week kalau mintak tek aku x bagi respon dia mesti nangis,ngamuk..lagi2 tgk adik dapat tek dia x dapat..jeles la tu. 2nd week ok, boleh terima but ngamuk tu slow sikit..3rd week dia dah boleh gelak kalau aku x bagi..Sekarang ni boleh handle dah kalau dia mintak tek..pujuk2 ok dia boleh terima. Alhamdulillah..tak sangka aku berjaya stopkan faiq breastfeed padahal dia adalah seorang penyusu tegar!! Sambil tu aku byk kan doa [ust. haron din] tiup kat mulut dia masa dia nyusu dulu..syukur..membantu jugak..
Sekarang FAIQ DARWISH BIN ISKANDAR dah bebas nyusu! Yeayyy!!
typed by EjaLeeza on Wednesday, December 4, 2013 @ 5:59 PM