Salam. Comelkan tajuk di atas :) faiq memang tak dapat dipisahkan dengan makanan tengok la badan dia saiz apa hehe...mula2 masa umur 1 hari dah tahnik dia dengan kurma & air zamzam..alhamdulillah rezeki dia..umur 2 bulan pulak nenek dh bagi nestum cair (adussss) dia sedut je! ibu yang risau maklumla kecciikk sgt lagi..Actually dari pregnant memang plan nak exclusively breastfeed faiq utk 1st 6month tapi sebab nenek dah jaga.........ku relakan jua walaupun masa mula2 tau nenek bg faiq nestum tu ibu nangis dlm keta! Bila tgk perut dia ok, berak ok.. lega lah jugak rasa risau tu (sikit!)...Sepanjang umur faiq hingga 5 bulan ni macam2 dah makanan masuk dalam perut dia! Actually bukanlah solid food betul2 juz rasa2 je...durian, kek, coklat, aiskrim, biskut meri etc2,(yg ibu tak tau)..adussss (lg skali!)
Memang risau bila tau dia dah rasa makanan2 tu..Kalau ikutkan nurse suruh start bagi makan dah ni (12 March lepas) tapi ibu kesian + tak sabar nk bg faiq makan bagi la dia seminggu awal..hehe. Faiq ni kalau sesape je makan depan dia mesti dia nak grab ,makanan tu kalau dekat siap tarik pinggan lg! Kesian sangat.....tgk orang makan mulut dia mula terkumat kamit ish..tak sampai hati tau!
 |
| nyam3! *keropok roda tu display aje tak boleh makan! |
 |
| nyam3! makan coklat lolipop *haish!* |
So aku pun try la buat kentang lecek untuk dia (sebelum ni nenek bg biskut meri tapi dia tak reti nak telan). Actually tergerak nk buat kentang lecek ni sebab masa gi KFC haritu ada bawak balik makanan tu. Sambil ibu makan2 faiq pun mcm biasalah nak menerpa je..so ibu bg rasa skit, tgk dia telan ok then nampak dia suka sgt makanan tu so 1st week ibu bg faiq mkn kentang lecek, the other week kenalkan dia pada puree carrot. Faiq tak berapa suka makan puree carrot tu nak tak nak je dia telan. Blend half carrot tu pun tak habis di makan..lepas ni nak buat apa pulak ye? ingat nak buat puree buah2an & bubur nasi pulak :) hope faiq suka la sebab ibu yang terlebih teruja nak buat makanan & tengok dia makan hehe..
Untuk mommy/bakal mommy kat luar boleh baca website di bawah ni sebagai panduan. Besnya! tak sabar nak buat makanan faiq! Lepas ni nak cari resepi baru untuk faiq pulak =)
http://www.babycenter.com.my
http://www.babycenter.com.my/malay/baby/memperkenalkan-pepejal/
http://hanisamin.com/blog/baby-food/makanan-bayi-6-7-bulan/
http://www.myresipi.com/tags/makanan_bayi
Labels: aktiviti keluarga, cerita si ibu, faiq darwish
typed by EjaLeeza on Thursday, March 15, 2012 @ 10:12 AM