homePROFILECREDITS follow
Babysitter @ Nurseri?
Salam. Serabut bila fikir bab babysitter/nurseri ni..aku memang ada plan bila faiq cukup 6 bulan nak hantar dia duduk nurseri atau cari babysitter yang dekat sikit dengan area rumah aku + mak aku dah surrender nak jaga faiq sebab banyak orang mintak urut lately ni...TAPI..................banyak perkara bermain dalam minda ni..risau tu dah tentu dengan kes baby meninggal sebab tersedak, lebam sana sini, dibedung,diikat, ditampal mulut dengan plaster..hish! memang buat aku risau nak tinggalkan faiq pada orang lain selain nenek dia....kalau ikutkan atok memang tak bagi faiq di jaga oleh sapa2 (maklumla cucu kesayangan sgt2), tapi nak buat macam mana kan..nenek pun tak sanggup nak jaga dah....terpaksalah ibu cari babysitter untuk faiq cepat2.....sedihnye (kesat2 air mata dah ni)...........

muka ni la ibu dok terbayang bila time ibu kat opis
Sepanjang minggu ni aku dok fikir nak letak mana anak aku ni...Bayangkan lah umur faiq dah 5 bulan 2 minggu 6 hari (sehingga entri ni ditaip) dia tak pernah sekalipun tinggal dengan orang yang dia tak kenal selain nenek & ibu dia. Dari umur sehari sampai sekarang ni tangan nenek jgk la yang biasa memegang, mandi, cebukkan dia..dari tak tau gelak sampai dah pandai main memang sepanjang masa dengan atok, nenek aje...macam mana la nak duduk & dijaga dengan orang lain??

Last month aku ada survey satu nurseri ni dia memang amik baby 6 bulan ke atas tapi...unlimited. Pulak tu pengasuh ada 3 orang je + ada budak2 lain yang umur 2-4 tahun kat situ skali dlm 4/5 orang. Korang boleh agak tak macam mana keadaannya nanti? Aku dah tanya kalau ada baby ramai nanti tak kan tak tambah pengasuh? Dia cakap bos tak mampu amik pekerja ramai2! Ada pulak camtu, duit nak, pekerja tak nak tambah. Melampau la camtu..tu la yang menyebabkan baby2 kat nurseri ni terbiar..mana tak nya kadang sorang pengasuh tu sampai 4-5 orang budak dia kena uruskan sorang. Aku yang anak sorang ni pun terkial2 nak jaga..tak prihatin betul la pengurus nurseri nih! (kan dah melalut tu!) So kesimpulannya, setelah berbincang dengan B, aku hold dulu untuk hantar faiq ke nurseri tu...kena pikir berjuta2 kali baru decide.

muka kecian kalau kena tinggal.....
Ada satu lagi option, mak aku ada cadangkan kawan dia kat area dekat2 rumah aku tu jugak..tapi aku pulak tak yakin dengan orang lain, tak bape kenal pulak tu..lagi kalau orang tu tak bersih..macam mana la dia jaga anak aku nantikan..makcik tu pun katanya ada jugak jaga anak org lain, tak tau bape ramai..kalau dah ramai2 mcm mana dgn anak aku nnt? (Cerewet betul kan aku ni?? ) Tak kisah la cerewet ke apa..untuk kebaikan anak aku jugak betul tak kawan2?? :) Alasan lain, sekarang ni faiq dah pandai pilih2 orang..mau dia nangis2 sampai bertakung air mata ibu tinggal dia nanti (ibu pun bertakung air mata tinggalkan faiq dengan org lain).....alahai.........tak sampai hati la ibu nak gi kerja camtu...susah2 nanti ibu je berenti keje jaga faiq baru puas hati! tapi...keadaan belum mengizinkan lagi buat masa ni...Ya Allah cepat2lah ******** release aaameenn...memang confirm ibu jaga faiq fulltime! fullstop! =)

p/s : ada sape2 tak nak jagakan budak kecik di atas? 
       sila contact saya ASAP tenkiu :)

typed by EjaLeeza on Thursday, March 15, 2012 @ 4:45 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next