Salam Jumaat readers. Aduhai breast pump rosak pulak dah.. masuk ni 2 kali aku beli breast pump sepanjang susukan faiq (ganas betul ibu nih ke benda tu memang tak tahan sebab murah?) sekarang ni tengah menanggung sakit bengkak susu...boleh demam dibuatnya..nasibla faiq darwish jenis kuat menyusu semalam dia dah tolong ibu pamkan sume susu2 tersebut ke dalam perut dia hehe tapi hari ni punya kena tunggu ibu balik keje la baru budak bam2 tolong ibu pamkan..lambat lagi ni huhuhu...nak tak nak terpaksa la ibu menanggung kebengkakan susu ini selama beberapa jam...adooooiiyaaaii....
Actually aku pakai manual breast pump brand pureen je...Selesa pakai breast pump manual setakat ni sebab boleh bawak gi mana2 je. Tak payah adaptor, tak payah soket, tak perlu ganti bateri, tak perlu power. Paling penting murah hehe..Pam je kat mana2 yang aku rasa selesa & selamat.. :)
1st breast pump aku bertahan 2 bulan je sebabnya bila dah lama pakai benda tu tak boleh sedut kuat mungkin sebab getah dia tu dah longgar..dah adjust2 pun tak mau.. yang jenis ni tak bes sangat pakai, sakit tangan nak pump sebab pemegang dia agak keras..lagi satu botol dia kecik je 4oz je. Macam aku jenis susu banyak kadang kena ganti botol kalau botol dah penuh, lagi satu kerap meleleh air susu sebab suction dia jenis mendatar..terganggu aktiviti mengepam :)..Pulak tu funnel dia tak bape luas kurang selesa sikit la + kalau tengah mengepam tu ada bunyi2 sikit...pump ni jenis yang tak reti silent haha!..terganggu lagi aktiviti mengepam...dah alang2 rosak beli la baru..brand pureen gak (terpaksalah ayah gi babystore laju2 malam tu jgk belikan pump untuk ibu sebab masa pam rosak tu breast ibu tengah membengkak dengan jayanya)
 |
| 1st breast pump |
2nd (gambar bawah) breast pump aku yang latest. Sedap pakai pump ni..selesa. Funnel besar, botol besar (kalau penuh dapat 10 oz), susu pun jarang meleleh sebab suction dia jenis 'mendongak ke atas', tak bising, nak pam pun tak sakit tangan, lenguh2 sikit tu adalah..kata manual kan....tapi memang aku sayang pump aku yang ni...dah 3 bulan aku pakai..service dia terbaik setakat ni..tapi..baru2 ni dia tak boleh dah berkhidmat dengan aku macam biasa, mungkin sebab valve dia macam ada terkoyak sikit kot tau2 je dah tak boleh sedut kuat macam biasa. Kalau tak suction dia bes je..tak sakit pun kalau nak dibandingkan dengan breast pump yang 1st tu..ingat nak beli & ganti part dia yang rosak tu..mana tau kot2 ada jual kan..tak payah beli pump baru...sayang sangat dengan pump ni...
 |
| Latest breast pump (setakat ni) |
Sambil2 taip entri ni aku survey2 pasal Avent Manual breast pump..ada jugak berangan nak pakai.. tengok harga not bad..try survey pasal performance pun mostly kata ok bak kata orang berbaloi beli walaupun harga agak mahal..emmmm macam pun nak tak nak breast pump tetap kena beli hari ni jugak! Kalau tak jenuh la anak ibu nak sedut susu banyak2 ni sampai mengah2 dia.. hehe..
 |
Avent Manual Breast Pump - ada rezeki lebih bolehla pakai yang ni..
|
p/s : Mana tau B baca ni terus pulak dia belikan untuk aku 1 hehehe... ;) hadiah sempena susukan faiq selama 6 bulan, tenkiu la B ye hehehe....
typed by EjaLeeza on Friday, March 16, 2012 @ 3:37 PM