homePROFILECREDITS follow
Wrap Up Blog - Part 3 (Dah Mula Sakit...)
Salam. Sambung balik entry yang tergantung..awal pagi khamis, 22hb september 2011 aku dah rasa semacam..semacam apa? aku rasa aku leaking! masa tu tengah lena tido...pastu aku rasa aku macam terkencing check tengok memang leaking (air ketuban keluar bersama sedikit darah cair) tapi dalam kuantiti yang tak byk.

Kebetulan suami belum tido masa tu tengah main game..apa lagi masing2 berpandangan lah..apa nak buat ye? boleh macam tu?hehe..actually masa tu takdela sakit sangat pun cuma ada rasa sengal2 kat pinggang plus air tu kejap2 keluar..tapi disebabkan ni 1st baby kteorg so tahap kerisauan tu sangatlah tinggi! so suami ckp "ibu siap2 la pastu kita gi hospital tgk camne" aku ok je tp dalam hati dap dup dap dup jugak! suami aku tak usah cakapla tgn dia terlebih sejuk dari tangan aku taulah memang cuaca tgh sejuk masa tu maklumla pukul 2pagi (lebih kurang) jadi berangkatla kteorg ke hospital terdekat (Hospital Tanjong Karang)..

1st dok hospital 


Sampai hospital aku di register kan (ingat tak admit, tapi kena admit jugak...)maka masuklah aku ke hospital dan duduklah di katil hospital buat PERTAMA KALINYA SEUMUR HIDUP AKU sementara tunggu doktor datang subuh nanti..cemas! dah la suami tak boleh teman(ewah2 wad bersalin gov mana boleh orang lelaki tido!) suami bermalam kat rumah mak dia (nasib dekat) tu pun dia tak boleh nak tido sangat mana tau kot2 aku terberanak kan?

besarrrrnyee perut aku..time ni ada rasa sakit sikit2 dah..
Dah dapat katil sume aku dipanggil nurse bertugas nak tengok bukaan aku..aduuusss! nak kena selok tau! takutnye!! check2 kata nurse tak bukak lg..so kena tunggu lagi bagi doktor check pulak..pas subuh masuk lg skali jumpa doktor lelaki pulak! aiiishh! malu lah..dia seluk guna benda apa ntah..kata dah bukak 1cm..huhu masa tu sakit on-off gak la tp tak kritikal..so aku di admit lagi sehingga tengahari jumaat, 23hb september 2011 sebab bukaan aku tak bukak2 dok 1cm tu je..last2 doktor decide aku di refer ke hospital sg.buloh tengah hari tu jugak disebabkan oleh prolong case... Dengan naik ambulan laju aku sampai ke hospital sg. buloh..manakala en.suami bergegas uruskan itu, ini dengan tak makan nye, tak cukup tido nye..sian dia.......

Perkara paling perit aku rasa bila kena tunggu turn kat registration area untuk dapatkan katil. Ya allah punye la lama!!  bayangkan dari pukul 12 tengah hari sampai 4 petang baru dapat katil! Ramai giler orang nak admit! Dah la masa tu aku dah start contraction..dengan rasa sejuk amat kat dalam tu, sweater takde, menggigil aku tahan sakit bukaan aku baru 2cm masa tu..sakitnya lahh tuhan je yang tau..kat 'bawah' aku dh rasa mcm air paip dah..pakai pad tapi rasa mcm dh penuh! rimas pun ada..tapi bila dpt tgk muka suami bawak sweater lagi hilangla rasa sakit.....tambah pulak mak,abah,mak jang ada datang tengok keadaan aku waktu tu..mak siap sapukan minyak panas kat kaki & pakaikan stokin (touching...) baru la rasa lega skit..

Dipendekkan cerita lepas dapat katil tu aku pun berehat kejap lega rasanya! tapi masa tu nak makan pun tak lalu..pulak tu macam2 la prosedur yang kena ikut. CTG tu dah tentu! rimas rasanya di pakaikan benda kat perut tu nak bergerak pun tak boleh tapi nak buat macam mana kan.....Oleh sebab aku dah leaking dan sentiasa leaking setiap kali contraction maka nurse meng-inject aku dgn antibiotik sebanyak 3 kali sepanjang aku sakit contraction tu sebab pintu rahim aku masih lambat bukak..dalam 3/4cm dalam pukul 2/3pagi..takut kuman masuk & effect kat baby.. sakitnya.......tuhan je yang tau..memang tak dapat tidur lena! Suami aku pulak setia menunggu di ruang legar tempat pendaftaran tu dari start aku di admit hinggalah aku bersalin..sian dia...dengan letih, mengantuk, risau nya semua ada...sabar menunggu aku yang tengah bertarung menahan kesakitan..thanks b, i luv u so much!

Pukul 430pg, 24hb september 2010 aku dah dimasukkan dalam Labour Room (LR).aku dah tak tahan sangat masa tu..dok dalam LR sorang2 ada la jugak nurse keluar masuk. Aku bgtau nurse yang aku sakit sangat2 nurse tu boleh cakap "semua orang sakit kalau nak bersalin" memangla logik tapi bagi la kata2 semangat sikit kat aku..dah la suami takde kat sebelah kalau dah boleh gak mengadu nasib huhuhu..sabar jelah..sambil2 sakit tu aku baca LAILAHAILLA ANTA SUBHANAKA INNI KUNTUMINZALLIMIN ayat yang nabi yunus baca masa dalam perut ikan..beserta zikir LAILAHAILLALLAH..memang rasa macam nak putus nyawa dah masa tu tambah bila aku rasa baby dah turun bawah nak sampai pintu rahim..berpeluh2 aku masa tu..dengan pandangan kabur (memang la kabur sebab aku rabun hehe) & tiba2 aku rasa muka aku kebas semacam!




...bersambung ke Wrap Up Blog - Part 4 (Nak Bersalin! ) insyaallah..
typed by EjaLeeza on Friday, March 2, 2012 @ 2:40 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next