homePROFILECREDITS follow
Wrap Up Blog - Part 4 (Nak Bersalin!)
Salam. Sambung lagi cite yang aku rasa kebas semacam kat muka masa kat labour room (LR). Memang tetiba rasa camtu bila aku tanya nurse dia kata takde apa kot..kot?? emm apa2 la dorang ni kan..tapi tak lama lepas tu bila aku nak start meneran sakit tu aku tak rasa dah..


Cerita pasal meneran ni satu hal lagi..aku dah rasa sangat2 baby aku dah ada kat pintu rahim aku & tunggu masa nak keluar..ada ke patut nurse suruh tunggu sampai bukaan aku capai 10cm! Gila kot! Anak aku nak keluar tau!! Dia tak check pun..main cakap je..Aku mengadu kat trainee tu kata kat dia aku nak teran sgt dah..nasib budak tu panggil staff nurse (yang dah agak berumur & berpengalaman) bila di check staff nurse tu suruh aku teran je sebab dia kata dah biru! aku tak tau apa benda yg dah biru kepala anak aku kot...ish3..

Masa aku tengah sakit nak teran tu staff nurse suruh panggil suami aku kat luar. Suami aku sangka aku dah selamat bersalin alih2 dia kena tengok aku nak bersalin! ha..baru tau! Dia asalnya tak berani nak tengok darah2 ni..tapi dah memang rezeki nak sambut kelahiran anak kan..nampak je muka suami terus aku rasa leeegaaaa sangat2..rindu pun ada! :) so aku dengan penuh bersemangat meneran sekuat hati! bukan sekali, bukan 2 kali, bukan 3 kali..entah berapa kali aku teran baby dok keluar-masuk je..teknik salah, pernafasan pun dah kurang sebab aku  dah letih sangat masa tu..tapi bila suami bagi semangat lagi dengan sekuat hati aku teran (kali yang keberapa ntah) akhirnya!!! pada jam 7.54pg, 24/9/2011 bersamaan 26 Syawal 1432H plupp!! keluar la seorang baby lelaki seberat 3.12kg  yang sihat sempurna alhamdulillah.....tak terkata perasaan tu!! aku rasa macam aku berak ta*k besar je masa tu haha..

baby beberapa jam selepas dilahirkan
emm ikut muka sapa ye...
Memang tak rasa sakit dah lepas tu..nurse potong, nurse jahit, nurse cuci ke apa ke..aku dah tak rasa sakit pun! Penangan dapat melihat anak comel yang dikandung selama 38 minggu ada kat dada aku! Ayat pertama yang keluar dari mulut aku bila tgk anak aku tu ialah COMELLLLL.. :) memang comel! (actually semua baby dlm dunia ni comel2 belake!) Dan tak sangka rasanya kiteorg dah jadi ibu&ayah secara rasminya =)

ibu 1st time nursing, ayah yang keletihan & excited
Lepas dah disetelkan ibu & baby,dah mandi + inject BCG sume naikla ibu&anak&ayah ke wad..nasib aku baik masa tu..walaupun sume katil penuh kebetulan wad kelas 2 ada kosong..alhamdulillah rezeki aku ditempatkan kat situ..1 bilik ada 2 katil + ada toilet (tak payah nak jalan jauh2)..Lepas dah siap2 sume suami pun balik bawak uri baby ke rumah mak aku untuk di cuci & tanam..sian ayah..penat dia..tapi berbaloi kan sebab dapat tengok ibu keluarkan FAIQ DARWISH? :) Esok petangnya 25/9/2011 baru la aku & baby dibenarkan keluar hospital..alhamdulillah semuanya ok dah berjalan lancar.. :) thanks ida syafizul & daus sebab ziarah aku masa aku nak balik tu..actually korang la antara kawan2 yang 1st dapat jumpa FAIQ DARWISH! Special edition tuhh hehehe..

nenek sedang mencuci uri baby untuk  ditanam


...bersambung ke Wrap Up Blog - Part 5 (Yang Tertinggi, Warak.. ) insyaallah..
typed by EjaLeeza on Friday, March 2, 2012 @ 2:40 PM
back | all rights reserved desiree 2012 | next